Jumaat, 11 Januari 2013

Info - Memahami konsep penyimpanan fail & peluang mendapatkan semula fail yg hilang (Bahagian 1)

Perhatian ; Topik selanjutnya memerlukan imaginasi, dan dikhususkan untuk golongan yg mempunyai sedikit pendedahan teknologi maklumat, topik ini juga sesuai untuk pembaca yg terdesak mencari jalan mendapatkan fail yg hilang dipadam. Methodologi ini juga diguna pakai dalam teknologi maklumat (IT)

Objektif ; Bahagian 1 - Konsep simpanan fail & memahami peluang mencari fail yg hilang

Memahami struktur penyimpanan fail di memori (secara teori)
Sebelum itu kita perlu memahami bagaimana fail disimpan atau ditempatkan di ruangan memori (memory partition). Memahaminya ialah kunci pertama bagi mengetahui peluang dan risiko fail yg hilang atau terpadam. 

Ini adalah gambaran susunan fail yg disimpan pada ruang memori tidak kira memori dalaman atau memori luaran / kad memori. Setiap fail mempunyai blok yg sendiri (Rajah 1)

Rajah 1 - sebagai gambaran 

Berpandukan imaginasi rajah1, bayangkan surat1.doc dan gambar bunga.jpg dipadam dengan menggunakan aplikasi pengurusan fail seperti ES File Explorer. Maka fail tersebut pun  dipadam, tiada  lagi dalam ruangan memori.




Apakah yg sebenarnya berlaku 
1-Pengurus fail mengarahkan fail dipadam serta merta kepada Sistem Operasi (OS) .
2-OS menerima arahan membuang fail dengan cara menutup kepala fail dan mengeluarkan senarai nama secara nyah daftar (unregister)  dari di blok memori -x
3-Blok memori kini sedia digunakan semula untuk fail & data yg baru. (Rajah 2)
Penting : Blok memori yg dipadam masih mempunyai data lama selagi tidak dimasuki fail / data baru secara tindanan (overwritten data). 

Rajah 2 - Gambaran blok memori bagi fail yg dipadam atau terpadam. Peluang masih ada !



Memahami status fail yg dipadam 
Fail yg dipadam di-nyah daftar (unregister), ia tidak lagi tersenarai dalam sistem.  Ibaratkan fail yg 'dikebumikan tanpa batu nisan' untuk menganggap ruang ini sedia untuk digunakan semula.  Kandungan fail pada blok memori yg dipadam boleh 'dipanggil semula' (recovery) dengan menggunakan aplikasi khas seperti Undelete. Aplikasi ini boleh  membuat imbasan terperinci di permukaan blok bagi mengenalpasti blok yg berpotensi untuk penggalian data semula. 

Halangan bagi mendapatkan semula data yg dipadam
Antara halangan utama ialah masalah  ruang simpanan yg kecil atau terhad. Ini lebih mudah berlaku jika peranti mempunyai memori yg kecil 8Gb dengan kandungan fail personal yg hampir penuh. Barangkali peranti tidak mempunyai kad memori tambahan, maka pengguna hanya mengguna memori dalaman sebagai medium simpana data peribadi.

Untuk pengetahuan semua, memori dalaman kerap mengalami perubahan dan tindanan data (read/write)  kerana OS sentiasa menggunakan ruang ini untuk data sementara (temporary data / files) untuk pembentangan data (scratch  disk & cache). Aktiviti ini secara tidak langsung boleh menindan blok memori yg tidak digunakan secara rawak termasuk blok yg berpotensi untuk pemulihan data. Ada pula aplikasi servis lain yg mungkin befungsi secara latar (background service /application) tanpa pengetahuan pengguna. 
Situasi 1; Amir memilih untuk menyimpan segala fail peribadi pada memori dalaman.   Semasa menggunakan pengurus fail (File Explorer) beliau sengaja terpadam fail sendiri.   Amir mula mencari jalan membuka pelayar Internet Chrome bagi mendapatkan rujukan. Beliau tidak sedar  semasa menggunakan pelayar Internet, data sementara yg dimuat turun akan menggunakan memori dalaman sebagai ruang cache atau pembentangan data. OS menggunakan blok memori secara rawak mengenai blok memori yg  pernah dihuni oleh data penting tadi. Amir membuat imbasan  tetapi tidak menemuai fail yg dipadam kerana blok memori telahpun dihuni oleh data baru maka kandungan terdahulu tidak boleh diselamatkan (Rajah 3)
Rajah 3 -kandungan fail lama telah dihuni data baru.. Takde can dah ni =(



Kelebihan pada memori luaran 
Memori dalaman telahpun digunakan OS sebagai medan pembentangan data. Oleh itu risiko blok memori yg dipadam masih tinggi dan berpeluang untuk diselamatkan (bagi tujuan pencarian semula data)
Situasi 2; Amran memilih untuk menyimpan segala fail peribadi pada memori luaran atau kad memori. Semasa menggunakan pengurus fail (File Explorer) beliau sekali lagi terpadam failnya sendiri. Disebabkan Amran menyimpan fail peribadi di ruang kad memori. Peluang untuk mendapat fail yg hilang adalah tinggi kerana memori luaran jarang atau tidak diusik OS melainkan arahan pengguna. OS hanya menggunakan memori dalaman sebagai ruang cache. Manakala kad memori tidak pula digunakan sebagai ruang cache. Selepas membuat imbasan, Amran menemui fail lama yg masih berpeluang untuk diselamatkan (Rajah 4)

Rajah 4 -kandungan fail lama pada kad memori masih tidak dubah oleh sistem , 
yeah , ada peluang lagi!


Akan tetapi, sekiranya pengguna memasukkan data ke ruang kad memori, OS tetap menggunakan blok memori yg dipadam sebagai blok kosong dan menggunakan semula ruang ini. Ini boleh berlaku ketika kemasukan data ke kad memori secara manual melalui  pemindahan data dari USB atau pembaca kad memori.
Situasi 3; Mira terpadam sebuah folder yg mengandungi 20 gambar kamera. Tanpa berlengah beliau membuat akses kad memori dengan komputer dengan sambungan kabel USB.  Dengan rasa buntu beliau meneruskan mencari folder yg hilang tadi dan dalam masa yg sama  beliau mengubah semula struktur folder dengan membuat folder baru dan memindahkan data (moving) bagi tujuan menyusun fail. Selepas menyusun folder kegemaran barulah Mira membuat imbasan dimana dari 20 gambar yg hilang hanya 5 gambar yg tinggal. Baki gambar yg lain telah pun ditindan oleh data baru dan tidak dapat diselamatkan. 
Pesanan penting ; Jangan mengubah struktur data memori sekiranya pengguna mahu membuat penggalian semula data terakhir.


Bahagian 2 akan menerangkan bagaimana mencari fail yg hilang

1 ulasan: