Ramai pengguna Android tidak menyedari Android semakin lama menyamai kebolehan laptop atau desktop pc yg menggunakan platform Windows. Keupayaan ini telah ditingkatkan sejak kehadiran Android versi Honeycomb (3.x) dengan persembahan antaramuka tablet yg mirip resolusi Netbook. Resolusi yg sesuai untuk antaramuka tablet biasanya pada 1024x600 ke atas. Terdapat juga tablet yg dengan resolusi rendah pada 800x480, tablet pada resolusi ini mempunyai ikon & font yg besar.
Perkembangan semasa menyaksikan kehadiran telefon yg ditingkatkan kualiti skrin kepada 954x540 seperti HTC Sensation dan 1280x720 untuk HTC One X & Samsung Galaxy SIII. Walaubagaimanapun, meskipun mempunyai resolusi tinggi, ini belum tentu boleh menggunakan aplikasi untuk Tablet selagi ia tertakluk dengan official rom/ firmware. Dengan menggunakan open-source rom/ firmware seperti Cyanogen & AOKP, antaramuka phablets boleh digunakan