Khamis, 29 November 2012

Analisis - Mengenalpasti Samsung Galaxy Note 2 Palsu

Artikel ini membincangkan perbezaan model set tulen dan palsu. Jika para pembaca mahukan perbezaan lebih lanjut sila baca  artikel ;

Kemaskini akhir pada 25-02-13
Terlebih dahulu pengarang telah membuat analisis bergambar model palsu dari jenama Samsung Galaxy SIII/S3, sila lawati;
Kehebatan Samsung Galaxy Note 2 yg baru dilancarkan mengundang pengeluaran model palsu dari China. Pengeluar di Shenzen hanya mementingkan keuntungan dan mengabaikan kualiti telah memberi kesan kepada Samsung yg mengeluarkan produk dengan kawalan kualiti yg ketat.

Dengan mulut yg manis peniaga mengatakan model yg dijual bukan palsu atau tiruan, tetapi kononnya sebagai "replika" untuk meyakinkan pembeli. Mereka memborong pada harga yg murah dan menjual pada harga yg tinggi menghampiri harga produk tulen. Ada pula peniaga yg licik menyatakan model tiruan yg dijual dikatan asli  kononnya original.  Ramai pembeli yg tertipu biasanya terburu membeli tanpa perancangan, kajian & soal selidik. Luangkankan sedikit masa yg mungkin membantu anda atau rakan yg mahu membeli model ini.

Selasa, 27 November 2012

Semasa - Galaxy Note 2 Dual Sim, W2013, HTC Droid DNA/DLX

Samsung Galaxy Note 2 Dual Sim diumumkan di China (26-11-12)
Selepas menerima momokan produk palsu China, Samsung Mobile akhirnya mengumumkan secara rasmi Samsung Galaxy Note 2 dengan sokongan 2 kad sim (Dual SIM). Mempunyai spesifikasi seperti mana model biasa Galaxy Note 2 tetapi mempunyai 2 slot kad SIM. Model ini akan mula dipasarkan di pasaran China bermula 3 Disember 2012.

Samsung Galaxy Note 2 sim untuk pasaran China


Isnin, 26 November 2012

Aplikasi Percuma - RSS Demon

RSS Demon ialah aplikasi pembaca Feeds/ RSS dan menyokong bacaan secara luar talian (offline). Kelancaran aplikasi ini membolehkan ia mengemaskini kandungan yg dilanggan (subscribe) bergambar seperti pembaca RSS lain. Jika anda belum memahami RSS dan kepentingannya sila baca artikel ini terlebih dahulu.



Gambar 500px boleh dibuka dan disimpan melalui RSS Demon

Sabtu, 24 November 2012

Info - Phablets; Hybrid antara Telefon dan Tablet

Semenjak pengeluaran HTC HD2 (2009) oleh HTC saiz telefon menjadi besar semula sejak era PDA bersaiz 4' model iPAQ 4700 yg juga dibangunkan HTC. Di ikuti model HTC Desire HD & Evo 4G. Dua tahun barulah Samsung mengeluarkan telefon Android bersaiz 4' dengan keluaran model Samsung Galaxy SII.



Apabila Samsung Galaxy Note dipasarkan pengguna semakin berminat memiliki walaupun saiz yg agak besar sebagai telefon. Dengan skrin resolusinya tinggi (1280x720) pengguna dapat menikmati aplikasi tablet dgn menggunakan custom rom/firmware yg diubahsuai seolah2 menggunakan tablet pada telefon. Kombinasi ini menjadikan Galaxy Note sebagai phablet (phone+tablet) yg paling popular selepas Dell Streak 5 yg juga antara phablet popular

Isnin, 12 November 2012

Tutorial - Cara Betul Melakukan Format atau Factory Reset pada Android

Apakah Format / Factory Reset
Maksud Format bagi OS Android ialah proses pembersihan sistem OS yg membuang semua data pengguna (userdata) & fail sistem sementara (temporary file / cache). Terma Format juga dikenali sebagai Factory Reset, Clear Storage, Master Reset. Selepas arahan format dilaksanakan, OS mengosongkan kandungan memori dalaman peranti, seolah seperti baru. Data pengguna seperti SMS, Contacts, Aplikasi dan Permainan turut dipadam. Sebab itulah terma Factory Reset diguna menandakan peranti yg diformat sama seperti baru keluar kilang



Jumaat, 9 November 2012

Aplikasi Permainan Percuma - Angry Bird Star Wars

Adakah anda pernah & salah seorang peminat  filem Star Wars ? Adakah peminat tegar Angry Birds ? Kerjasama antara Lucasfilm dan Rovio telah melancarkan permainan Angry Birds Star Wars dengan watak popular seperti Luke Skywalker dan Darth Vader


Rabu, 7 November 2012

Info - Fungsi GPS dan kepentingannya

Apakah itu GPS ?
GPS ialah singkatan bagi Global Positioning System. Integrasi ini menghubungkan kesemua 24 rangkaian satelit pada orbit bumi bagi pemetaan posisi jalan darat, udara dan laut. Satelit ini asalnya bertujuan bagi kegunaan tentera yg dibangunkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika, ia dikenali NAVSTAR GPS. 

Satelit GPS pada orbit tetap berfungsi dalam apa jua cuaca, 24jam tanpa henti, sepanjang tahun. Ia boleh digunakan oleh orang awam tidak kira dari bandar hingga ke kawasan pedalaman, pada mana2 negara sekali pun. Kemudahan ini  boleh diakses oleh mana2 peranti yg mempunyai chipset & aplikasi GPS tanpa sebarang bayaran.



Isnin, 5 November 2012

Aplikasi Percuma - Flipboard


Flipboard merupakan aplikasi pembaca berita yg mempunyai fungsi yg sama dengan RSS reader. Antaramuka Flipboard seperti helaian berlipat membolehkan interaksi pengguna bagaikan membaca  majalah.




Khamis, 1 November 2012

Semasa - Google perkenalkan keluarga Nexus

Tak lama lagi Google akan melancarkan variasi Nexus terbaru dengan 3 saiz variasi mengikut citarasa pengguna. Walaubagaimanapun bagi model Nexus 7, telah dijual dipasaran dengan harga RM999 (16gb)





Tutorial - Cara mengemaskini /update firmware dengan Samsung Kies

Artikel asal di tulis dalam bahasa inggeris oleh blogger Jayce Ooi



Peranan Samsung Kies ialah sebagai perantara telefon Android dan komputer. Ini boleh diumpamakan sebagai program pengurus fail dan media peribadi. Melalui Kies pengguna boleh melihat apakah fail yg tersimpan dan bagi tujuan membuat simpanan backup dari galeri foto kamera.