Selasa, 29 November 2011

Info - Meng-optimumkan batteri dan prestasi Android

Bagi pengguna asas android anda dinasihatkan membaca dahulu topik asas terdahulu. Topik ini di rumuskan  bagi langkah menambah nilai keupayaan Android supaya lebih lancar dan bertambah jangka hayat baterinya. 


Jumaat, 25 November 2011

Tips - Membuang atau memindahkan program antara Memori

Bimbang Memori dalaman penuh ? bagi pengguna Android versi 2.2 ke atas, terdapat pilihan memindah program ke storan kad memori. Situasi ini berguna jika memori dalaman Android semakin kecil dan terhad. Aplikasi dan permainan yang menggunakan ruang yang besar lebih elok disimpan ke storan kad memori untuk kelancaran system android


Topik ini merangkumi;
Membuang atau memindahkan aplikasi (program) atau permainan (games) yang telah dimuat turun

Tips - Mengintegrasi akaun Google dan Market

Android Market umpama akses katalog memuat turun aplikasi dan permainan. Untuk menggunakan aplikasi ini, Android mestilah mempunyai akaun Google Gmail


Topik  ini merangkumi  menunjukkan cara ;
Mengintegrasikan Android dengan akaun Google Gmail baru atau sedia ada, ini untuk menggunakan apllikasi Google Market dan aplikasi Google yang lain termasuk Android Gmail & Android  Gtalk

Isnin, 21 November 2011

Tips - Menggunakan Kekunci Pattern

Tutorial ini menunjukkan bagaimana Android menggunakan kekunci pattern sebagai katalaluan masuk pada Homescreen Android

  >>>


Pilih Tetapan > Lokasi & Keselamatan @ Location & Security

Rabu, 16 November 2011

Tips - Menukar Gambar Latar @ Wallpaper

Untuk menukar gambar latar belakang atau wallpaper, Tekan dan Tahan (Tap & Hold) pada mana-mana ruang Homescreen sehingga popup Add to Homescreen muncul.



Jumaat, 11 November 2011

Tips - Menggunakan Setting - Sound


Kawalan bunyi dan suara penting untuk tahap pendengaran sekeliling. Topik ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap bunyi pada Android. Juga akan dikupas cara mengubah nada dering, nada mesej mengikut selera masing-masing.

Tetapan Bunyi atau Suara boleh dipilih melalui Setting > Sound



Rabu, 9 November 2011

Tips - Menggunakan Setting - Wifi

Untuk membuat penyambungan Wifi dengan Android, masuk ke tetapan Setting > Wireless & Networks.


Tips - Menggunakan Setting - Display

Tetapan atau Setting adalah  pengawalan sistem ke atas hardware yang dihubungkan melalui operasi Android. Antara fungsi terpenting android ialah pengawalan skrin, bunyi, rangkaian wifi & aplikasi program.

  

Selanjutnya akan jelaskan penggunaan tetapan skrin terlebih dahulu kerana skrin adalah perkara yang pertama kita lihat pada Android.

Info - Android Menubar @ Notification Bar


Ruang garisan hitam yang paling atas di kenali sebagai Android Menubar @ Notifications Bar. Ini adalah ruang makluman atau notifikasi bagi aktiviti @ event yang sedang berlaku. Ruang ini bertujuan sebagai previu ringkas program yang digunakan

Contoh dibawah menunjukkan ketibaan mesej di ruang notifikasi.


Info - Android Launcher (ADW Launcher)

Susunan 3 ikon didalam kotak paling bawah dikenali sebagai Launcher. Tujuan Launcher sebagai pelaksana program yang sedia ada. Launcher pada gambar dibawah dikenali sebagai ADW Launcher, ia merupakan Launcher rasmi bagi Android 2.3 Gingerbread.

Info - Android (2.3) Homescreen


Ruang utama skrin ia dikenali sebagai Homescreen. Homescreen akan dipaparkan semasa menekan butang kekunci Home. Jika anda sedang menggunakan program lain, dengan menekan kekunci Home, program semasa yang akan ditutup (minimize) serta-merta dan dipaparkan ruang Homescreen. 




Pengumuman penting

Blog saya telah ditukarkan daripada nama androiddansaya.blogspot.com kepada android-dan-saya.blogspot.com. Ini kerana saya pernah mendaftarkan nama blog terlebih dahulu. Kelebihannya ia memudahkan carian utama dalam google

-alang

Intro - Salam perkenalan


Assalamualaikum, saya rasmikan blog pertama bahasa malaysia saya dengan Bismillah. Saya memilih untuk menulis dalam bahasa melayu kerana tiada lagi laman web khusus. Sila post disini jika anda mempunyai cadangan bagi tujuan penambaikan